Thursday, May 26, 2011

My trip Down Under

Insyaallah kami sekeluarga akan ke Perth Ahad ni, selama 8 hari.
Doakan kami selamat pergi dan balik.
Ada kelapangan, kami akan update dari sana.

Kalau tak sempat, balik nanti kami akan update.

Friday, October 15, 2010

day 7 (9/6/10)







hari ke tujuh,
waa..hari yg plg best ni..
coz my adi n aiman nak buat bungy jumping pagi ni kat taupo..
rasa cam tak caya,dorang berani coz mama n papa dorang kompem tak berani..huhu
so,kita tgk je gbr dulu..nanti mintak en hubby citer detail pasal harga..
dll..
coz papa yg byr semua,mama tgk2 aje...





day 6(8/6/10)














sy liza,wife tuan punye blog yg dah suam2 suku ni..
saja kasi update sikit..letak gbr2 kenangan kat NZ ..
kut2 ada rezeki pegi lagi ke?huhu.
hari ke 6,kitorang ke whakapapa..dgn harapan nak main snow..
utk citer yg lebih details,nanti mintak en.hubby yg citer.


Sunday, August 1, 2010

Day 5 (08/06/2010)






















Pagi ni, kami nak teruskan perjalanan kami ke Taupo, 76km dari Rotorua.
So lepas breakfast pagi tu, saya pun drive ke Taupo.

Keluar je dari Holiday Park tu, nampak ada orang main parasailing kat tepi tasik tu.
Kami tunggu dekat 15 minit, tapi dia still tak dpt nak fly lagi, maybe sebab angin tak cukup kuat.

Journey ke Taupo takde la interesting sgt, just some hily terrain n view ladang2 je.
Adi N Aiman kat belakang campervan tgk dvd. Mama n Alya teman papa drive kat depan.
Lebih kurang sejam lepas tu kami sampai ke Taupo.

Kami stop kat Huka Falls, Liza prepare lunch, saya n anak2 pi jalan2 kat Huka Falls.
Huka Falls ni memang cantik. Air dia jernih n nampak kebiru-biruan.
Hari ni memang hari Free N Easy, kami takde plan apa2 pun.

Masa kat Huka Falls tu nampak org naik Huka Falls Jet. Adi n Aiman interested nak try. Lepas lunch tu kami ke Town Taupo, pegi i-Site cari info pasal Huka Falls Jet.
Kat sana, dapat kupon 10% diskaun untuk naik Huka Falls Jet, so terus booking untuk trip pukul 10am esok kat i-Site.

Pastu kami ke kedai All Blacks.
Tak sah la kalau ke NZ tak beli baju All Blacks kan :)
So papa, Adi n Aiman dapat sorang sehelai.

Since hari masih awal, kami lepak kat depan Lake Taupo, bagi burung makan.
Alya cukup suka la, menjerit2 dia tgk burung.
Dari depan Lake ni, boleh nampak Mt Ruapehu
Cantik sgt tgk view dia.
Tapi cuaca agak cloudy, so takde nampak clear sgt snow capped dia.

Pastu kami pi chk in kat Lake Taupo Top 10 Holiday Park. Last year kami ada stay 1 malam kat sini. Malam tu kami jumpa lagi 1 family from Malaysia.
Rupa2nya dia keje 1 company dgn saya, tapi kat department berbeza. Nice to know u n ur family Abg Mansor :)

Petang tu Adi n Aiman pegi swimming kat thermal pool.
Malam tu pulak Liza masak dinner kat Common kitchen.
Lepas dinner, pusing2 jap kat Town Taupo.
Liza pi upload gambar fridge magnet dia kat cyber cafe.

1 thing yg tak berapa best kat NZ ni, free Wifi kat NZ ni tak byk mcm kat Malaysia.
N internet access pun is not cheap. So kalau nak chk email ke FB ke, kena la pi cyber cafe.

Malam u jugak kami jumpa 1 kedai jual kebab. So boleh la try esok.
Dah settle semua, kami balik ke holiday park n zzzzzzzzzzzzzzzz....

Day 4 (07/06/2010)























Pagi ni, our first plan is Sheep Show n Farm Tour kat Agrodome.
Last year pun we all pegi gak show ni, memang fun la. Kelakar pun ada.
Admission rates dia dlm NZD110.

Saya dah book untuk show pukul 0930am. Kami sampai awal jugak, so sempat la
Liza shopping fridge magnet dia. Bykla jugak dia memborong, dekat NZD300 gak beli fridge magnet kat situ.

Abis je show tu ada farm tour plak. Tour ni kena naik trailer yg ditarik oleh traktor.
Sejuk beku kat luar tu, angin pun kuat. Menggelatar Alya. It was fun, dapat pegang binatang2 kat farm tu, dapat petik buah feijoua, buah kiwi etc.
Buah feijoua ni mcm buah guava, tapi isi dia lembut dan manis.

Lepas Farm tour tu, kami ke Skyline Skyrides sebab Adi n Aiman nak buat luge.
Skyline Skyrides ni cable car. Dari atas tu boleh nampak view town Rotorua n Lake Rotorua. Admission rate dia NZD90 untuk family, pastu dpt 10 luge ride.

Kat atas tu ada pulak Sky Swing. Adi n Aiman plak interested nak try, so dorang pun try la. Price dia NZD20 untuk child.
Kelakar pun ada tgk dorang naik sky swing ni, mama dia yg jerit lebih,hehe.
Tapi papa n mama dia sendiri tak berani nak naik :)

Lepas buat sky swing tu, saya n Liza lepak kat cafe dgn Alya.
Adi n Aiman pulak pi buat luge.
Kat atas tu kami jumpa 2 couple from Malaysia.
So sambil2 tu lepak la jugak sembang dgn dorang.

Abis je semua tu, kami turun bawah n ke Lake Rotorua.
Liza prepare lunch dlm campervan, saya n anak pi lepak tepi lake tu bagi burung makan roti. Alya cukup suka aktiviti ni.
Sejuk2 pun aktif sgt2 si Alya ni.

Lepas lunch, kami ke destinasi nightstop kami untuk hari ni, Blue Lake Top 10 Holiday Park. Park ni jauh sket dari town Rotorua, lebih kurang 10km dari town.
Memang secluded abis la. Tapi view dia cantik, betul2 mengadap tasik.

Malam tu we all dinner roast lamb. Lepas dinner, pi pusing2 Town Rotorua jap.
Kat NZ ni, once dah gelap, memang jadi pekan mati. Kedai semua tutup awal.
Yg bukak pun cafe n supermarket je.

Abis ronda2, kami pun balik ke holiday park n zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Thursday, July 8, 2010

Day 3 (07/06/2010)
























Malam tadi we all stay kat Hamilton City Holiday Park. Pagi ni after mandi and breakfast, main agenda adalah shopping. So dah drain grey water n servis toilet,
kami drive ke Dressmart. Dress mart ni mcm out of season shopping ctr la.
Saya n wife suka belikan Pumpkin Patch untuk Alya, so kat Dressmart ni memang murah.

Setelah berjaya menghabiskan duit, we all pegi beli halal meat n chicken kat Clarkin Road, Hamilton. Malam semalam kat rumah Fid, kami makan grilled lamb, sedap :)
Fid bgtau dia beli kat kedai ni, so kami pun beli la jugak. Pastu beli ayam n minced beef untuk buat spaghetti.

Plan hari ni, kami nak drive ke Rotorua. Lepas beli daging tu, kami pun mulakan perjalanan kami. Untuk lunch, kami singgah kat Hamilton Garden.
Kalau sampai kat Hamilton ni, memang wajib la singgah kat sini.
Last year kami tak singgah pun, just lalu je.
Hamilton Garden ni memang besar, letih la kalau nak round semua.

Sambil saya bawak Alya main kat playground, mama prepare lunch dlm campervan.
Lunch ari ni simple je, maggi, roti n baked beans :)
Lepas lunch, saya pun drive ke Rotorua.

Cuaca hari ni ok, tak hujan. 1 thing about New Zealand ni, (particularly in winter) cuaca boleh berubah dgn cepat. Tgh elok2 ada sunshine, tiba2 boleh hujan pulak.
ami sampai ke Rotorua dlm pukul 4 petang. Jarak antara Hamilton n Rotorua lebih kurang 110km.

Sampai je kat Rotorua, saya terus singgah kat tempat Zorb, since Adi n Aiman nak buat lagi Zorbing ni. Last year dorang buat kat laluan yg straight.
Tahun ni buat kat laluan zigzag pulak.
Cost per head NZD49 (tapi ada kupon rebat NZD5 dalam magazine arrival) so jadi NZD44 je. 2 orang jadi NZD88.

Abis zorbing tu, kami bergerak ke our night stop place, Holdens Bay Rotorua Top 10 Holiday Park. Park ni dekat dgn airport, so petang tu memang nampak jelas la aircraft take off n landing, Alya suka :)

Malam tu mama masak dinner kat common kitchen. Lepas makan, drive ke town Rotorua, saja jalan2 killing time.
Time to call it a day, balik ke park, connect power n zzzzzzzzzzzzzz.....